There was an error in this gadget

Saturday, October 27, 2012

VIKKI BLOWS

She's not a pornstar,she's a nude model,
like I said before,she's not a 
PORNSTAR!


visit Vikki Blows tumblr






*ADORE YOU VIKKI :)

Friday, October 26, 2012

BAHASA DAN KEPERIBADIAN.

Kebiasaanya waktu pagi macam ni gua masih lena di atas katil,jarang sekali gua bangun pagi,mandi pagi,sarapan pagi,macam orang normal selalu buat tapi gua tak,sebab gua kerja tengahari,mandi tengahari dan makan pun pada waktu tengahari,gua baru lepas mandi ni,sambil-sambil gua mandi tu gua terpikir pasal perkataan 'kau aku'.Ada setengah perempuan zaman sekarang bagi diorang bila nak berkomunikasi tu guna 'kau aku' dah dikira kasar,senang cerita macam kurang ajar la kot tapi bagi kaum lelaki 'kau aku' dah dianggap normal,tak kan la dengan rakan sebaya nak ber 'saya awak' eh geli lah,geli geli!geli ok!kalau jenis mamat-mamat nerd ke,mamat geek boleh la nak ber 'saya awak'.Sedangkan 'kau aku' pun ada segolongan perempuan tak suka lagi kan pulak nak ber 'gua lu' ntah ape pulak yang diorang nak judge,macam gua cakap tadi la,'kau aku' dah macam kurang ajar,lagi kan 'gua lu' mesti terus cakap eh bapak you tak hantar ke sekolah ke?kahkahkah.

Setiap kali gua kenal perempuan tak kira la dari internet ke,kawan punya kawan ke,kawan punya kawan punya kawan ke,gua akan perhatikan dulu gaya percakapan dan gaya penulisan macam mana,so kalau starting dia gunakan 'I You' gua pun terpaksa la follow ikut rentak dia,gua bukan apa,cuma untuk mengelak dari berlakunya tuduhan yang bukan-bukan,orang zaman sekarang ni bukan boleh dibuat main,silap cakap habis dia judge kita yang bukan-bukan,taknak lah macam tu,tak suka..gua selesa je nak ber'kau aku' ke 'saya awak' ke 'gua lu' ke but depend pada orang yang kita nak berkomunikasi lah,kalau gua memang dah terbiasa 'gua lu' tapi takde lah teruk sangat sampaikan dengan perempuan pun nak ber 'gua lu' sepertimana yang gua cakap kan,depend pada keadaan.

Gua paham,bahasa tu menunjukkan keperibadian seseorang tapi kita pun tak boleh la sewenang-wenangnya tuduh melulu,mentang-mentang la ber 'gua lu' terus tuduhnya kita ni gangster la,itu la,ini la,orang jahat la,teletabis la,kenal pun tidak tapi dah bukan-bukan dia tuduh,gua ni ber 'gua lu' gua tak jahat pun,takde nye nak pergi rogol anak orang,nak merompak ke ape,takde takde,even mat rempit zaman sekarang pun dah pandai ber 'I You' tapi bagi gua tak sebab dah terbiasa.kadang-kadang tu ada la jugak gua main hembus je,tegur perempuan kat facebook then chat 'weh lu buat apa?' perempuan yang gua chat tu pun terus diam tak reply apa-apa,kahkahkah,senang cerita ataupun nak dipendek kan cerita macam ni la,tak semua manusia yang bercakap sopan ni baik,maybe at the same time dia backstab kita,sweet talker pun sama,ayat dia kemain lagi,tapi hasil nya,sampai sekarang perempuan maki hamun pada mamat-mamat sweet talker,maklum la..berjanji bagai sehidup semati tapi kaki perempuan dan juga perosak kelamin,dan..tak semestinya orang yang berkomunikasi menggunakan 'gua lu' ni kurang ajar atau pun tidak ber-educated,kan ada peribahasa mengatakan 'don't judge a book by it's cover' so..jangan judge orang sesuka hati lah,tampar nanti tau la-END!

Friday, October 19, 2012

SIGNS (SHORT FILM)

Short film ataupun bahasa melayunya filem pendek,haaa..kan?terangkan macam orang tu bengong sangat sampai tak tau makna 'short film' tu ape,hahaha,ok la..ceritanya macam ni..semalam sam bukak youtube tgk short film dan gua tak dapat nak tidur,dah pukul 4 pagi kot,tak tau lah gua kena 'insomnia' ke ape lagi pun gua dah terbiasa tidur lewat ni so gua pun tgk sekali,ape yang sam bukak gua tgk je la tapi dalam banyak-banyak short film cerita SIGNS je yang buat gua tertarik..cerita yang scene tak banyak cakap tapi menarik,sebenarnya,dari apa yang gua nampak la kan,short film dengan movie dekat cinema tu,short film lagi best,short film orang Malaysia pun apa kurang nya,pun hebat jugak cuma industri filem di Malaysia yang sudah sememangnya ada syarikat perfileman pun tak mampu nak buat yang terbaik,suka buat cerita yang bila orang tengok terus dapat ditect jalan ceritanya macam mana,cuma ada segelintir syarikat perfileman yang improve diorang punya cerita,contohnya macam cerita yang berkaitan dengan kereta lumba,gua taknak sebut la cerita ape tapi sememangnya bila tengok tak best dan tak menarik langsung,dan ada satu syarikat perfileman ni diorang buat jugak cerita yang berkaitan dengan kereta dan improve lagi bagi semua orang Malaysia kagum yang Malaysia pun dapat buat macam mana industri perfileman dekat oversea buat,biar lah habis berjuta-juta tapi hasilnya berbaloi.


Monday, October 15, 2012

KULT

Actually I find this magazine at my room and when I open it,I really fucking amazed because inside this magazine has so many arts with their own message,or you guys can check it out at this website www.kult.com.sg





Saturday, September 29, 2012

STORY IN AUGUST TILL SEPTEMBER.

CONTINUE STUDY
Hello and good evening everyone,ok..gua pun tak tau nak mula dari mana..banyak benda yang gua nak ceritakan tapi gua takut kalau cerita semua boleh dijadikan sebuah novel,pada awal bulan Jun gua continue study ambik pengajian islam di UTM Skudai,pada awalnya gua belajar terasa lah suasana belajar,riuh rendah,bertubi-tubi diorang tanya soalan pada lecturer sedangkan gua duduk diam sambil melukis.




Masa tu dengan gua takde persediaan apa-apa,buku pun takde,bukan taknak beli tapi mahal sangat lah sampaikan satu buku harga cecah RM60,aduhh..nilai tu agak besar bagi gua yang berkehidupan serba kekurangan dan besederhana,kalau gua anak org kaya,haha..gua belikan untuk satu kelas,silap-silap yuran diorang semua gua bayarkan,gua akan bayarkan pada mereka yang single dan sudah semestinya perempuan lah,itu pun kalau gua kaya,kan..bila lah nak datang nye miracle dalam hidup gua..cuba gua bangun-bangun tidur tetiba ada duit dalam 2 ke 3 guni kat tepi gua,kan bahagia tu dan sekarang ni dah bulan September,gua rasa macam tak boleh nak teruskan dah sambung belajar kat UTM sebab gua tak dapat nak manage masa yang ada,ada lah sebab-sebab lain tapi tak boleh cerita dekat sini,ini soal peribadi gua,org tertentu je yang gua akan bercerita.





RUNNINGMAN
Semenjak Hairul datang sini tumpang tidur rumah gua,dia ada bawak cerita Runningman yang ber-genre-kan  variety show dari Korea yang bagi gua superb kelakar sebab diorang kebanyakan nya spontan bila buat something,hahaha,mula-mula gua tengok macam paham tak paham je game diorang macam mana,dah lama-lama gua tgk gua siap boleh hafal nama-nama player.


Runningman pulak banyak invite guest dan majoritinya artis-artis kpop,eh gua musuh ketat kpop la sial,serius!ok la,gua buat confession,sebenarnye gua pernah tgk cerita Fullhouse,tu je lah satu-satunya drama korea yang gua layan,kpop?gua tak ambik pusing pasal benda tu sebab gua memang tak minat,mungkin dikalangan lelaki di Malaysia ni yang mempunyai muka jambu,berbadan skinny yang tak berapa nak skinny sangat,muka ada sikit chinese look,ada mix-mix cina,akan follow up dress macam artis kpop,perempuan pun sama tapi bukan gua lah,even ditakdirkan muka gua jambu pun gua tak kan terjebak sama sekali dengan kpop,eh tak minat la sial!gua pun tak tau kenapa,nak kata dipengaruhi oleh parents,tak pun..mindset gua je ni yang dah memang gua tak ingin! dan taknak ambik tahu! pasal kpop!!FULLSTOP!!!




DR.MARTENS (NIXON)
Sebelum raya gua nekad nak beli kasut dr.martens model Nixon dan gua dah beli pun,kasut gua harga RM329,dan gua dapat free gift dari CXO,alaaa..gift nya lighter yang ingin menyerupai seperti ZIPPO tapi bukan,seakan-akan je la macam ZIPPO,comel je lighter nye,hahaha,masa nak bayar dekat kaunter amoi tu  bagi gua free gift torchlight,pikir-pikir balik torchlight tu gua nak buat ape sial,bukannye nak ber-camping pada waktu malam pun,tu yang gua mintak tukar dengan lighter.Kasut yang gua nak tu asalnya high cut,tapi gua takut tak kena pulak bila pakai dengan seluar straight cut so gua buat keputusan utk beli yg low cut.Si Am beli martens boots yang low cut harga RM399 tapi tak dapat apa-apa free gift,lepas tu nak berangin dengan gua pulak..gua suruh mintak dia taknak..rancangan asal nak beli saing la kononnya,then Am gelojoh sangat nak beli dulu,gua tengok kan je la dia beli dulu,minggu depannya baru gua beli..dapat la free gift,muahaha,Am tak dapat free gift nak ambik free gift gua pulak,hahaha.






BAD DAY/NO LUCK/KECELAKAAN
Gua pergi bank BSN nak keluarkan duit,tak banyak,RM50 je..tapi entah macam mana bila kad ATM keluar,gua ambik kad terus bela macam tu,duit gua tak ambik,kan bodoh nama nya,dan gua sendiri tak pernah dengar kes orang lupa nak ambik duit dekat mesin ATM,gua perasan pun masa dekat pam minyak,nak pergi bayar dekat kaunter,cek wallet duit takde,heartbeat gua terus dupdapdupdapdupdap,cepat cepat gua pergi bank namun..takde rezeki,gua termenung sekejap depan mesin ATM yang gua cucuk tu,termenung selama 2 minit,gua tak tau nak salah kan siapa masa tu,takkan nak salahkan mesin ATM,nak salahkan kamera CCTV?memang tak lah dan gua akui memang kesalahan dan juga kebodohan diri sendiri,takpe lah,siapa yang dpt tu dah memang rezeki dia kan,nak buat macam mana.Aneh jugak..even letak perempuan naked sebelah mesin ATM tu pun,gua tak kan lupa untuk ambik duit yang gua cucuk sebab mindset gua dah memang pikir duit tu penting,cuma hari tu je lah,memang tuhan nak uji kan,tak tau lah...yang ada kawan gua cakap gua kena pukau,siapa yang pukau?benda pun dah lepas kan,let bygones be bygones,bygone bygone,bygone?dah macam nama ubat nyamuk pulak..hahaha.



Sunday, July 15, 2012

THIS FUCKING JULY GONNA KILL ME.

Hello and good day everyone,today..I just wanna talk about my life since May till June and It's already July,maklum lah,gua jenis tak berminat nak tengok kalendar,tak memasal gua nak tengok kalendar,tarikh-tarikh penting semua gua dah set dalam otak..bermulanya kehidupan gua kembali balik pada yang asal,part time job dah takde,gua kena buang kerja gara-gara kerap balik awal..eh gua balik bersebab tau..tapi kalau dikira-kira balik yang bersebab cuma berapa hari je,hari-hari lain gua balik awal pun sebab kawan ajak lepak la,tgk wayang lah,itu lah ini lah,blablablabla and so on LAH,kadang-kadang gua balik kerja penat,then sambung part time,phew~lepak weh..boss gua pulak jenis yang memahami kan,hah tu panggil gua terus nak berentikan,hahaha,takpe lah,gua terima..maybe ni adalah satu ujian daripada tuhan.

Gua dah ada kemajuan sikit lah semenjak dua menjak gua continue study ni kan,banyak benda nak kena bayar,at the same time banyak pulak barang barang gua nak kena beli,ahh!damn damn,gua nak beli kasut martens yang model NIXON.cuba korang tgk harga kasut tu bila convert duit Malaysia,jauh beza dgn harga dekat crossover cs,harga cekik darah punye,ada ke RM399 dekat RM400,eh mampos la sial,nak naik haji ke ape sampai mahal macam tu?tapi tapi tapi..maybe sewa kedai mahal kot..thats why harga semua macam tak boleh nak diterima akal.


Gua ada beli rokok yang elektronik,gua tak tau la illegal ke tak tapi gua yakin benda ni mampu bantu gua jimat duit,daripada beli rokok tak henti-henti better gua beli benda ni,just beli flavour je,flavour dia just liquid,boleh lah bertahan dalam seminggu lebih,kalau abis refill abis refill macam tu je..mudah kan,abis je refill abis je refill la kimak!gua punye rokok karen lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni,bukan lebih kurang,memang sama pun,body chrome cuma tank lain sikit.

                                                                                                   *GAMBAR HIASAN


Tak lama lagi dah puasa,memandangkan amalan gua pun tak berapa nak cukup,bukan tak berapa nak cukup,memang tak cukup pon,kalau ditimbang-timbang amalan gua ni pun memang tak kan lepas lah,so..gua ambik langkah inisiatif utk memperbanyak kan lagi amalan dibulan ramadhan,manusia ni kadang-kadang leka,dia lupe sape yang maha mencipta,sape yang bagi kau kekayaan,sape yang bagi kecantikan dan kehenseman pada diri kau,hah setan..sape sape??sebelum gua merapu lebih lanjut,better gua undur diri.

Thursday, May 17, 2012

GODSPEED.

first of all,thanks to god cause today,i still breathing (take a deep breath) ok..agak lama gua tak update belog..macam banyak kot yang gua nak bercerita start daripada pertengahan bulan April sampai la ke hari ni,oh btw..semalam gua dapat cupcakes dari student gua..kalau tak silap nama dia Putri Nuradriana bte Amzah,gua stay dalam office tanda paper then dia masuk pejabat..ingatkan nak bagi cikgu yang lain rupenye gua,macam tak percaya je,gua abis garang kot kat sekolah,hahaha..


then tadi dalam schedule gua takde jaga budak exam tapi tengahari dalam pukul 12 lebih Ustazah Aniza call..mintak tolong jaga kan budak exam dan yang sepatutnye dia yang kena jaga..memandang kan dia kata nak 'BAYAR' so gua accept je lah,dia bagi gua RM10 dan vaucher mcd RM10,terus gua gunekan malam ni jugak,hahaha.


Stop la cerita pasal cupcakes bagai,ok!gua rase kan diri gua ni dah ada kemajuan,kot....gua dah buat part time,siang mengajar malam part time kat kedai makan,setakat ambik order je takde hal lah,satu hari RM20..makan pun bos cakap 'siapa pekerja kat sini,nak makan tu makan,dekat kedai ni memang tiada sekatan makanan,nak makan order je dengan tukang masak' gua pun ikut sedap tekak je la order..macam-macam yang gua order,asal lapa gua order cuma kimak nye tukang masak ade sikit malas,mentang-mentang pekerja kat situ yang order nanti dia sengaja buat lambat,mungkin dia pikir 'alahh,pekerja sini..takde hal lah' sedangkan gua rase macam nak tumbok dia,ada sekali tu gua lapa gile macam nak mati dah,memang lapa tahap mampos punye..boleh lagi dia borak-borak,aku peratikan je dari jauh..haihh..saba je lah..

Semenjak 2 menjak ni gua kemarok nak tweet,tweet gua semua based pada environment keliling gua,asal ada benda yang pelik ke,berdekah ke,buat aku marah ke memang gua tweet,pegi lantak lah orang nak cakap ape..idgad (I DONT GIVE A DAMN!) langsung! awal-awal lagi gua dah pesan kot..kalau taknak tweet korang penuh dgn feeds aku..unfollow je,gua memang takde hal punye sebab gua paham sesetengah tweet gua buat korang meluat,sakit hati bagai..ada la sikit yang boleh diguna pakai,sikit je lah..

Tu berkenaan dengan twitter..ni yang paling gua hangin sekali,jeles je tgk org bercinta,siap ada jantan sundal mana ntah melamar depan-depan,hanya utk mintak kapel..konon sweet kan,cuba kalau dah breakup,kan malu nak keluar bilik,kah kah kah,palebana kau la wehh..aku rasa better stop sampai sini dulu,mengantok pulak..   


*tomorrow i'll continue.

Thursday, March 22, 2012

IT'S ABOUT CLOTHING,BUSINESS,TRIP TO BANDUNG.


Maybe aku dengan member baik aku nak bukak clothing dan ambik brand BADGER dulu kot,try la bukak stall kat bazar jb,agak agak business ok baru la bukak kedai,agak dah maju aku nak buat satu bangunan besar nye macam kat mcd Setia Tropika,tadi aku berangan kot kat depan mcd Setia Tropika,lepas makan hisap rokok kejap then berbual la dengan kawan aku ni si Am,berbual campur berangan taknak kalah,macam duit dah berjuta-juta je,nak buat satu bangunan lah then nak buat satu tingkat je,dalam bangunan tu cuma ada 4 hingga 5 butik je,siap ada cafe,ada live band,silap silap jadi tapak buat gig so after this flyers keluar nama venue City Plaza dah tak wujud..HAHAHAHA.

BADGER tu pulak asal Bandung,tak silap aku la kan so maybe buat trip ke Bandung utk membeli segala tshirt yang mereka keluarkan,beli banyak banyak..bawak balik Malaysia lepas tu berniaga kat bazar jb,aku bincang-bincang dengan Am supaya jangan terus nak buat gile babi,try dulu ambik sikit BADGER then jual,agak-agak laku datang balik Bandung terus sapu abis,hahaha..next time la aku sambung,ngantok la pulak.

Tuesday, January 10, 2012

SATURDAY,4.81PM,7TH JANUARY 2012.

Sekarang ni aku dalam keadaan half-naked,just pakai towel (baru lepas mandi) hisap rokok sambil minum pepsi,agak lama aku termenung tengok monitor pc sebab aku tak tau nak update ape,sambil aku mandi-mandi tadi tiba-tiba je aku teringat yang aku agak lama tak update blog tapi masalahnye aku sendiri tak tau nak update ape,takde ape kot yang perlu diceritakan or share something new,dah lama tak update pun sebab busy dengan kerja,dan sekarang ni aku main taip je ape yang aku rasa nak taip,otak berfikir dan aku menaip,berfikir dan menaip,berfikir lalu aku pun menaip,aku menaip sambil berfikir,salah satu contoh aku menaip sambil..berfikir..hahaha,dalam keadaan aku tak sedar rupa-rupanya dah tahun 2012 dan 2011 banyak kenangan manis dan pahit yang aku tempuh selama ni,awal tahun lepas kalau tak silap,aku hampir-hampir masuk ke penjara..nasib baik la polis yang uruskan kes aku tu nak tolong sebab kes macam aku ni nak ikutkan hal remeh-temeh,ni bukan aku yang cakap tau,inspektor yang uruskan kes aku ni yang cakap,lain la aku membunuh orang ke,merompak hong leong bank ke,perogol bersiri tapi aku takde la gile setahap tu,aku masih normal,dalam keadaan abnormal pun aku tak kan buat perbuatan macam tu,tak sanggup la tengok family aku malu,menanggung malu gara-gara aku,such dumbass,tahun lepas banyak memberi aku pengajaran,inspiration that gave me spirit to continue my whole fucking life..urgghh..rasa macam dah give up pun ada,semua nye disebabkan duit,tu la akibat orang tak menyimpan..and now,dah masuk tahun baru..kawan aku pun dah pesan,dia suruh aku menyimpan dari sekarang,jgn jadi macam dia so mulai tahun ini,aku akan mula menyimpan..aku ade masa 7 tahun lagi utk menyimpan then kahwin,kahwin dengan sape?aku pun tak tau lagi..dah ada gf aku tak reti jaga..tak tau la sama ade aku tak reti jaga ke,tak sefahaman ke,kadang-kadang bile aku pikir balik,salah ke kalau aku nak ambik tau pasal gf sendiri,kata sharing is caring..hahaha..bodohnye la hai tagline mcm tu,caring sangat tak boleh,tak caring ckp aku ape pulak nanti..then break off macam tu,takut privacy nye terbongkar gara-gara aku,tapi nampak sangat la kau tak jujur dgn aku kan..gaya awak tu mcm ada hiding something dari saya,awak beriye kan ckp 'i love you always,im always love you' tapi haram,belum kahwin lagi ni,kalau dah kahwin,keluar dengan jantan ntah mana-mana..aku tak tau..aku pun ye la setia pada kau sorang,duduk rumah macam org tongong yang kau,berfoya-foya..amboi,terbalik pulak dah..sepatutnye aku yang buat mcm tu..hahaha,biar lah..


Benda pun dah berlalu,berlalu dengan begitu pantas,hahaha,better aku fokus pada kerjaya aku,enjoy dengan kawan-kawan,daripada aku sakit otak nak melayan perempuan yang ntah ape-ape..paling aku tak boleh terima tu..cepat bosan bile kapel dgn sape-sape je la..no wonder la kita break off then tak sampai sesaat sudah menemui org baru,ibarat mcm tu la..hebat..tau la cantik tapi agak la weh..kau dapat org macam aku ni takpe lagi weh..kalau dapat lelaki yang psycho..dendam kesumat gile babi,mau nye tak kena rogol..pregnant pulak tu,kalau kau dtg balik pada aku memang kena pijak,kau dah mengandung ntah anak sape-sape lagi mau dtg balik,memang aku pernah cakap aku terima kau seadanye tapi bukan dengan cara atau keadaan macam tu,aku rasa aku dah meleweh sangat ni..tapi takpe la..lagi pun aku tak tau kan nak cerita ape..bukan nye ade orang baca pun blog aku..hahaha-END OF STORY.