There was an error in this gadget

Friday, October 26, 2012

BAHASA DAN KEPERIBADIAN.

Kebiasaanya waktu pagi macam ni gua masih lena di atas katil,jarang sekali gua bangun pagi,mandi pagi,sarapan pagi,macam orang normal selalu buat tapi gua tak,sebab gua kerja tengahari,mandi tengahari dan makan pun pada waktu tengahari,gua baru lepas mandi ni,sambil-sambil gua mandi tu gua terpikir pasal perkataan 'kau aku'.Ada setengah perempuan zaman sekarang bagi diorang bila nak berkomunikasi tu guna 'kau aku' dah dikira kasar,senang cerita macam kurang ajar la kot tapi bagi kaum lelaki 'kau aku' dah dianggap normal,tak kan la dengan rakan sebaya nak ber 'saya awak' eh geli lah,geli geli!geli ok!kalau jenis mamat-mamat nerd ke,mamat geek boleh la nak ber 'saya awak'.Sedangkan 'kau aku' pun ada segolongan perempuan tak suka lagi kan pulak nak ber 'gua lu' ntah ape pulak yang diorang nak judge,macam gua cakap tadi la,'kau aku' dah macam kurang ajar,lagi kan 'gua lu' mesti terus cakap eh bapak you tak hantar ke sekolah ke?kahkahkah.

Setiap kali gua kenal perempuan tak kira la dari internet ke,kawan punya kawan ke,kawan punya kawan punya kawan ke,gua akan perhatikan dulu gaya percakapan dan gaya penulisan macam mana,so kalau starting dia gunakan 'I You' gua pun terpaksa la follow ikut rentak dia,gua bukan apa,cuma untuk mengelak dari berlakunya tuduhan yang bukan-bukan,orang zaman sekarang ni bukan boleh dibuat main,silap cakap habis dia judge kita yang bukan-bukan,taknak lah macam tu,tak suka..gua selesa je nak ber'kau aku' ke 'saya awak' ke 'gua lu' ke but depend pada orang yang kita nak berkomunikasi lah,kalau gua memang dah terbiasa 'gua lu' tapi takde lah teruk sangat sampaikan dengan perempuan pun nak ber 'gua lu' sepertimana yang gua cakap kan,depend pada keadaan.

Gua paham,bahasa tu menunjukkan keperibadian seseorang tapi kita pun tak boleh la sewenang-wenangnya tuduh melulu,mentang-mentang la ber 'gua lu' terus tuduhnya kita ni gangster la,itu la,ini la,orang jahat la,teletabis la,kenal pun tidak tapi dah bukan-bukan dia tuduh,gua ni ber 'gua lu' gua tak jahat pun,takde nye nak pergi rogol anak orang,nak merompak ke ape,takde takde,even mat rempit zaman sekarang pun dah pandai ber 'I You' tapi bagi gua tak sebab dah terbiasa.kadang-kadang tu ada la jugak gua main hembus je,tegur perempuan kat facebook then chat 'weh lu buat apa?' perempuan yang gua chat tu pun terus diam tak reply apa-apa,kahkahkah,senang cerita ataupun nak dipendek kan cerita macam ni la,tak semua manusia yang bercakap sopan ni baik,maybe at the same time dia backstab kita,sweet talker pun sama,ayat dia kemain lagi,tapi hasil nya,sampai sekarang perempuan maki hamun pada mamat-mamat sweet talker,maklum la..berjanji bagai sehidup semati tapi kaki perempuan dan juga perosak kelamin,dan..tak semestinya orang yang berkomunikasi menggunakan 'gua lu' ni kurang ajar atau pun tidak ber-educated,kan ada peribahasa mengatakan 'don't judge a book by it's cover' so..jangan judge orang sesuka hati lah,tampar nanti tau la-END!

No comments:

Post a Comment